Posts

DAPATAN KAJIAN

Image
Data-data telah dikumpulkan untuk menghasilkan satu gambaran terperinci mengenai keadaan pengurusan murid pelbagai upaya di Malaysia ini. Secara khusus, setiap aspek berkaitan dikenalpasti, dianalisis dan dibuat perbandingan di antara sekolah yang menempatkan golongan tersebut yang mana lebih dekenali sebagai Murid Berkeperluan Khas (MBK). Aspek-aspek berikut merupakan tumpuan bagi dapatan: DAPATAN KAJIAN 1 PERBEZAAN PROGRAM BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) Murid Berkeperluan Khas (MBK) merupakan golongan yang terdiri daripada pelbagai kategori dan berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat enam kategori utama kesemuanya:  sumber :  https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/selangor/kpm-lancar-garis-panduan-pelaksanaan-dasar-inklusif-orang-kelainan-upaya-1.931589 Maka, apabila berbalik kepada objektif pertama, melalui hasil kajian, didapati sebenarnya terdapat lebih daripada dua program khas yang telah diwujudkan bagi membantu da...

Pengenalan Pengurusan Murid Pelbagai Upaya

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya merupakan salah satu topik yang terkandung di bawah kursus Pengurusan Pembelajaran. Topik ini menyentuh soal pengendalian murid pelbagai upaya yang terdiri daripada pelbagai kategorinya dan secara tidak langsung sebenarnya ianya turut dapat memberikan satu sudut pandang berkaitan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang terdapat di negara kita ini.

Pengurusan Pembelajaran

Pengurusan merujuk kepada proses yang melibatkan perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi serta penggunaan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Apabila dikaitkan dengan soal pembelajaran maka, secara tidak langsung ianya dapat disimpulkan sebagai proses perancangan yang meliputi segala hal yang berkaitan dengan sekolah dan tidak ketinggalan melibatkan  pihak-pihak yang berkaitan dengannya.  Pengurusan pembelajaran ini dijadikan salah satu kursus di peringkat pengajian tinggi dan keseluruhannya terdapat tiga belas topik yang akan dipelajari, yang meliputi tentang m engurus pembelajaran, p engurusan dan pembelajaran pelajar, o rganisasi dan kepimpinan, p engurusan murid, p engurusan bilik darjah, p engurusan sumber, s trategi mengurus bilik pembelajaran, p engurusan tingkah laku dan disiplin ,p engurusan penasihatan murid, p engurusan pelbagai buday...

Cebisan Kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat warga pembaca yang dihormati sekalian. Semoga kalian di dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Di kesempatan ini, suka dimaklumkan terlebih dahulu  bahawa susungguhnya, segala kandungan yang terkandung di dalam laman ini adalah semata-mata bagi memenuhi syarat kursus pengajian yang telah ditetapkan iaitu berkaiatan  Pengurusan Pembelajaran. Walaubagaimanapun, saya amat berbesar hati sekiranya dengan hasil perkongsian di laman ini sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan para pengunjung sekalian.  TERIMA KASIH DI ATAS MASA YANG DILUANGKAN DI SINI DIDOAKAN AGAR HIDUP KALIAN DIBERKATI