Pengurusan Pembelajaran
Pengurusan merujuk kepada proses yang melibatkan
perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli
organisasi serta penggunaan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan
semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Apabila
dikaitkan dengan soal pembelajaran maka, secara tidak langsung ianya dapat
disimpulkan sebagai proses perancangan yang meliputi segala hal yang berkaitan
dengan sekolah dan tidak ketinggalan melibatkan pihak-pihak yang berkaitan dengannya.
Pengurusan pembelajaran ini dijadikan salah satu kursus di peringkat pengajian
tinggi dan keseluruhannya terdapat tiga belas topik yang akan dipelajari, yang meliputi tentang mengurus pembelajaran, pengurusan dan pembelajaran pelajar, organisasi dan kepimpinan, pengurusan murid, pengurusan bilik darjah, pengurusan sumber, strategi mengurus bilik pembelajaran, pengurusan tingkah laku dan disiplin ,pengurusan penasihatan murid, pengurusan pelbagai budaya, pengurusan murid pelbagai upaya, sekolah dan persekitaran serta pengurusan alam pembelajaran.
Jelasnya, pengurusan pembelajaran ini adalah sangat
penting kerana dari sinilah kefahaman yang baik tentang skop tugasan berkaitan
guru dapat diperolehi.
Comments
Post a Comment